Pensyarah : Puan Rina Fakhiran Binti Mohd Sukri
Jabatan : Kejuruteraan Elektrik
Nama ahli kumpulan :
- Nureffa Farisha Binti Khairudin (02DEE16F1055 )
- Mahasre A/P Selvam ( 02DEE16F1099)
- Norhanis Syazwani Binti Mokhtar ( 02DEE16F001)
Kelas : DEE5A
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah , kami berjaya menyiapkan tugasan kami pada kalini dengan jayanya iaitu tugasan E-folio. Kami berterima kasih kepada Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri, pensyarah kami untuk Kursus Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam kerana memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang proses tugasan kami. Tidak lupa juga kepada ibu bapa , keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang memberi semangat kepada kami. Kepada rakan rakan , terima kerana sudi memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini semoga kejayaan milik kita.
PENGENALAN
Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi
kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara
fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh
itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan
masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling
membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Semangat
kejiranan yang tinggi boleh dikaitkan dengan jaminan keselamatan. Hasil kajian
yang dilakukan telah menunjukkan bahawa mereka yang sering berasa tempat
tinggal mereka selamat akan mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap
jiranjirannya. Di sini, jelaslah bahawa peranan jiran amat penting dalam
menjamin keselamatan penduduk di sesuatu kawasan. Beliau juga turut
mencadangkan bahawa mewujudkan suasana jiran yang bersatu-padu mampu
mengurangkan indeks jenayah di samping dapat menghasilkan lebih banyak modal
sosial di kawasan kejiranan.
Tambahan pula modal
sosial ini sebenarnya terbentuk melalui interaksi sosial dalam sesuatu
komoniti. Dalam konteks
kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan
diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti
yang dituntut dalam agama. .Dalam
perkataan arab,jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau
tetangga.Oleh itu,dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu
suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan.
Dalam blog ini memberikan pendedahan kepada pembaca mengenai konsep kejiranan
yang sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat
semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah
sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan.
KONSEP KEJIRANAN
Memahami konsep toleransi dan tiada paksaan dalam islam .
Islam bersifat agama yang mengiktiraf kedudukan manusia yang bersifat pelbagai agama dan pelbagai budaya. Kerana itu, Islam memberikan kebebasan dan menegaskan bahawa tiaa paksaan dalam Islam. Justeru, memainkan isu atau sentimen perkauman sama ada berdasarkan agama atau bangsa atau keturunann atau kaum bukan lah dari islam. Sedarlah, tiada penyelesaian yang boleh dicapai dengan membangkitkan isu perkauman. Sesungguhnya , mustahil untuk kita menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu kaum, tetapi kita mampu untuk menjadikan mereka sebagai saudara seagama dengan menyeru kepada Islam.
Mewujudkan suasana harmoni dan kemesraan .
Sesungguhnya individu atau jiran yang baik pasti akan menjalinkan hubungan baik sesama jiran. Saling kenal mengenali, saling bertegur sapa, melemparkan senyuman , sentiasa bertanya khabar dan berusaha tidak menimbulkan masalah yang boleh membawa kepada persengketaan seperti membuka keaiban jiran tetangga.
Tolong menolong atau bantu membantu dalam pelbagai urusan.
Antara pesanan Nabi SAW berkaitan jiran ialah supaya kita membantu mereka dalam segala urusan seperti menziarahi apabila sakit atau kematian , mengiringi jenazah dan mengucapkan tahniah atau takziah pada waktu-waktu yang bersesuaian . Umumnya, tolong menolong dalam perkara kebaikan.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 2:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan . Dan bertaqwa lah kepada Allah , kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab SeksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya ).
Menjaga hak-hak mereka dan tidak menimbulkan ketidakselesaan.
Antara pesanan Nabi SAW berkaitan hal ini ialah jangan meninggikan dinding kerana ia menghalang laluan angin dan penglihatan kecuali izin mereka. Memberikan sedikit dari masakan apabila ada bau yang menimbulkan keinginan.Selain itu, adab-adab lain dalam kehidupan berjiran ialah janganlah meletakkan kenderaan sesuka hati tanpa memikirkan hak-hak orang lain, menganggu urusan keluar masuk jiran menganggu kelancaran jalan, dan hendaklah menjaga hasil buangan seperti sampah agar tidak menganggu keselesaan dan kebersihan persekitaran.
DEFINISI JIRAN
Bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah , adalah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah , bersebelahan kampung , daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara.Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah SAW iaitu:
Maksudnya: Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibnu Talhah daripada Ibnu Abbas , jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah.Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab diantara satu sama lain,sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.
Kita lihat manusia hari ini sibuk membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi dengan dinding, tembok yang tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Marilah kita kembali kepada sunnah rasulullah dan ajaran Islam dalam menghidupkan masyarakat Islam dengan mengamalkan sunnah yang sudah semakin dilupakan iaitu menghidupkan semangat kejiranan.
HAK-HAK JIRAN
Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan
ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam,
ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:
a) Jangan menyakiti jiran
Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali
melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran
atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau
busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung
sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi
perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi
apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian
terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya
kepada pihak lain.
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
“ tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu.”
1.Jika ia meminta tolong kepaadamu, engkau akan menolongnya.
2.Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberi pinjaman kepadanya.
3.Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4.Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
5.Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
6.Jika ia tertimpa sesuatu yang bahaya, engkau juaga turut sedih bersamanya.
7.Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.
8.Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
9.Jangan menganggu perasaanya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
10.Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.
11.Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah
engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia.
ADAB-ADAB BERJIRAN
Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT
bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan seorang hamba-hambaNya dalam
pergaulan (antara lelaki dengan perempuan). Pada setiap masa dan keadaaan,kita
perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak
kira di mana-mana jua tempat seperti ketika berada di tempat bekerja , di dalam
kenderaan awam,ketika bersiar-siar , membeli belah , menyertai program-program
social dan sebagainya.Oleh yang demikian,Islam telah menggariskan beberapa adab
dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya.
Adab bermaksud segala sikap, budi, pekerti, perangai,
tingkahlaku dan tabiat. Islam ada menggariskan beberapa adab yang perlu
dipatuhi didalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika
berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh
seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta
perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan
sesuatu yang tidak berfaedah. Terdapat beberapa adab yang perlu diikuti ketika
bergaul .
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur: 30)
“Dia mengetahui
(pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir:
19)
“Setiap manusia
sudah ditentukan bagiannya dari berzina. Hal itu pasti akan dirasakannya. Zina
kedua mata adalah dengan memandang. Zina kedua telinga adalah dengan mendengar.
Zina lisan adalah dengan berucap. Zina tangan adalah dengan memukul. Zina kedua
kaki adalah dengan melangkah. Hati itu bisa suka dan berkeinginan, sedangkan
kemaluan bisa melaksanakan hal itu atau pun tidak melaksanakannya.” (HR.
Bukhari dan Muslim)
Terang lagi
bersuluh hadith dan ayat quran di atas menujukkan bahawa pentingnya memelihara pandangan menurut islam.Hal
ini kerana, setiap manusia mempunyai nafsu apabila tidak dapat dikawal dengan
baik ia boleh menyebabkan perkara buruk berlaku seperti zina kecil dan zina
besar.
Seterusnya, menjaga perkataan dan mengawal perbuatan
. Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk
berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan
mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, Islam menganjurkan bagi manusia untuk
berdiam daripada mengucap perkataan sia-sia.
Rasulullah SAW
pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Sebagai jalan
selamat, ajaran Islam sejak mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak
terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan
apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menutur
percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah lebih utama bagi seseorang itu
untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak
dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh ajaran
Islam. Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia
dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah
dari perkataan yang keji dan buruk.
Di samping itu, “Dihiaskan
(dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”
Hadith tersebut diriwayatkan
oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu:
Daripada Usamah bin
Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidak
aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki
daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]
Menurut Syeikh
Abdullah al-Talidi, hadith ini bermaksud selepas daripada kewafatan Nabi SAW,
fitnah yang paling bahaya ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah fitnah wanita
iaitu Allah SWT menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan syahwat dan
kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah
yang paling besar kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa
parasnya, pergerakannya dan sebagainya.
Disebabkan itu,
Rasulullah SAW berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau
menjauhkan diri daripada melihat wanita ini (yang bukan mahramnya), berdua-duan
dengannya, bercampur dengan mereka dan seumpamanya. Hal ini, diperakui oleh
Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani bahawa wanita adalah fitnah yang paling
bahaya berbanding selain daripada mereka. Oleh itu, kawal la perhiasan apetah lagi wanita-wanita.
KESIMPULAN
Kemakmuran sesebuah negara amat
bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan
masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan
ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu , perpaduan juga adalah
kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada
dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran.
Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling
mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini
diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat
kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni.
Tidaklah bergelar
muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama terkenal dan
berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah orang lain
sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli keluarga dan
jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi.Islam itu mementingkan hubungan
kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di antara keimanan kepada Allah dan
hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi perkerti mulia terhadap
insan dan hamba Allah yang lain.
Marilah kita bersama-sama menjadi
jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt seperti sabda baginda : “Ya Allah
berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat tinggalku” .
LAMPIRAN
Menziarahi sesama jiran merupakan salah satu kebaikan yang perlu kita amalkan supaya tidak dilabelkan orang yang sombong . Bertegur sapa juga merupakan amalan yang dituntut oleh Allah SAW dan janganlah mengamalkan sikap suka berdendam dengan orang lain
Sesungguhnya hidup berjiran sangat diperlukan supaya persekitaran harmoni.
RUJUKAN
Buku Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam,Oxford Fajar Sdn.bhd
- · http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2381-irsyad-al-hadith-siri-ke-264-fitnah-dan-kemuliaan-wanita
- · https://www.facebook.com/notes/abu-basyer/jagalah-lidah-kalian-supaya-terselamat-daripada-kemurkaan-allah/10151551258236040/
- · https://www.malaysianreview.com/37750/lelaki-mestilah-menundukkan-pandangan-mata-selain-sibuk-suruh-perempuan-pakai-tudung/





No comments:
Post a Comment